Friday 15 March 2013

Sah Isu Air Selangor Memang Tujuan Politik

Kuala Lumpur - Suasana masih kekal sebegitu. Senario bekalan air bersih Negeri Selangor masih di tahap kritikal apabila bekalan air terawat masih tidak mencukupi lebih kebih lagi apabila permintaan memuncak akibat cuaca panas. Kejadian gangguan bekalan air yang berlaku disekitar Kuala Lumpur adalah akibat kekurangan rezab bekalan air bersih menyebabkan usaha untuk memulihkan bekalan mengambil masa yang panjang. Ini jelas dinyatakan oleh Syabas dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan. Dalam beberapa minggu yang lalu Kerajaan Selangor begitu keras menuduh Syabas yang sengaja mewujudkan krisis bekalan air. Kata Kerajaan Selangor Syabas gagal turunkan kadar NRW menyebabkan air tidak cukup. Syabas dituduh gagal senggara pam menyebabkan bekalan air terputus. Syabas dikecam dan didakwa tidak mempunyai kepakaran menyebabkan pengguna tidak dapat air. Apa yang pengguna mahu jalan penyelesaian. Penyelesaian yang konklusif. Penyelesaian sepertimana diketengahkan oleh kerajaan pusat. Namun kerajaan selangor tetap berdegil dengan kemahuan mereka untuk mahu ambil alih syarikat syarikat yang ada sebagai jalan penyekesaian. Tanpa perihatin keatas derita rakyat bila air tiada. Kini isu air jarang disebut di bibir pemimpin Kerajaan Selangor walaupun isu jauh dari penyelesaian. Sekarang mereka sebok bercakap padal Lahad Datu. Begitu hebat seperti bagaimana hebatnya mereka menuduh kerajaan pusat membela kroni dan tidak endahkan rakyat selangor dalam hal air. Pada saya gelagat mereka seperti isu kekura ngan bekalan air di Selangor bukan penting lagi. Cerita krisis air sudah basi. Jika ini yang berlaku memang benar apa yang diperkatakan mereka sengaja menggunakan isu air bagi tujuan politik. Perjuangan mereka semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihanraya umum yang akan datang. Begitu juga namoaknya pasal isu Lagad Datu. Dipanas-panaskan semata mata untuk tujuan pilihanraya bukan simpati kepada rakyat Sabah dan keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment