Sunday 10 February 2013

Air Selangor: Kenyataan Half-Truth pemimpin PR Selangor

Sedih kan? Apabila kita baca semua kenyataan pemimpin PR Selangor asyik tidak ada satu pun yang rasional bila bercakap mengenai air Selangor. Sejak tahun 2008 sampai sekarang semua pemimpin PR dari berbagai lapisan sambut terus tanpa fikiran waras apa yang MB cakap. Dalam Bahasa Inggeris dinamakan "catal metality". Pernah tengok stampede lembu dalam filim comboy? Macam itu lah perangai mereka. Sebaik sahaja ambil alih pucuk pemerintahan Selangor dalam bulan Mac 2008, heboh mahu batalkan semua perjanjian penswataan yang ada hubung kait dengan Kerajaan Negri Selangor...bermula dengan penswastaan letak kereta awam, Alam Flora, Penswastaan Air, UNISEL dan lain-lain lagi yang boleh saya ingat. PR Selangorubuhkan tink-tank kaji macam mana mahu "frustrate" semua perjanjian. Namun niat busuk mereka gagal sebab semua perjanjian mempunyai klausa pampasan sesuai dengan peruntukan perlembagaan negera yang menyatakan tiada hak rakyat Malaysia boleh dirampas atau diambil dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi. PR Selangor gagal dalam perkara ini sebab mereka mahu dengan mudah putuskan perjanjian komersil dengan percuma, tanpa memikirkan jumlah pelaburan (wang ringgit, tenaga manusia, masa dan masa hasapan) syarikat-syarikat tersebut. Selepas tactic ini gagal, mereka mula menggunakan sentimen Rakyat dengan membesar-besarkan fakta dalam klausa perjanjian yang boleh menyentuh Rakyat. Fakta ini diputarbelitkan bagi menaikkan semangat Rakyat. Fakta yang separuh betul ini (half true) diputarbelitkan dan dimain-mainkan dalam semua perkara setiap amsa bagi meraih simpati Rakyat. Sebagai contoh bagaimana mereka putarbelitkan fatka separuh benar dan berjaya meraih simpati rakyat: Isu SYABAS dikatakan gagal turunkan kadar NRW ke paras bawah dari 32%. Sedangkan ianya disebabkan kerana Kerajaan Selangor sendiri yang sabotaj dengan membekukan semua kerja-kerja yang diperlukan bagi menurunkan kadar NRW. Tanpa kelulusan kerja ini, SYABAS tidak akan dapat melaksanakannya. Sebarang kerja yang tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri tidak akan dibiayai oleh Bank dan Institusi Kewangan yang melabur dalam SYABAS dalam bentuk pemberian pinjaman dan bon. TETAPI lihat bagaimana mereka putarbelitkan fakta: kadar NRW tidak turun sebab SYABAS tidak ada duit nak belanja (tidak ada duit atau tidak cukup duit memang wujud sebab itu pembiayaan dari bank diperlukan dan ini memang diperakui dalam perjanjian konsesi). MB kata lagi, macam mana nak ada duit sebab gaji pengerusi eksekutif RM5.1 juta setahun (yang ini tidak benar tetapi lojik dimata kasar). MB pernah cakap semua kenyataan SYABAS ada separuh benar, sebenarnya kenyataan dia separuh benar. Terkini adalah apabila MB kata peruntukan RM120 juta dari Kerajaan Federal merupakan bail-out dan Kerajaan persekutuan dituduh curang, membelakangkan Rakyat dan macam-macam lagi tohmahan. Dari mata kasar, satu-satu bantuan memang lojiknya satu langkah menyelamatkan, tetapi untuk siapa? Untuk SYABAS? memang benar melalui SYABAS tetapi untuk siapa? Bukan ke untuk kemudahan dan kebajikan Rakyat Selangor? Yang ini MB tidak sebut. Macam sesetengan ulamak yang tafsir ayat Al-Qur'an yang bermaksud: "Kahwin lah kamu lebih dari 1..." setakat itu je. Jadi ramai lelaki pakat-pakat guna nas ini untuk poligami. Kalau dibaca terus nas tersebut ia ada menyatakan: "Kahwin lah kamu lebih dari 1...Tetapi jika kamu tidak mampu, kahwin lah satu sahaja". Sebanarnya kenyataan "half-Truth" lebih berbahaya dari kenyataan "the whole truth". Ini adalah strategy jews. Sepertimana strategy "if you cannot beat them, join them".

Friday 8 February 2013

Kerajaan Persekutuan tak betul??????

Kerajaan Selangor kata mana ada pelabur yang lari pasal krisi siar ni. Laporan MIDA kata jumlah pelaburan membesar hampir ke 30% jumlah FDI di Malaysia. Betul betul betul betul....memang betu statistik MIDA tersebut. Tapi yang tak betul kenyataan Kerajaan Selangor tu. Dalam bulan Julai tahun lepas pengarah UPEN neggeri Selangor ada cakap 234 syarikat marah-marah sebab projeck pembangunan mereka tidak dapat bekalan air menyebabkan penanguhan dan pembatalan projek-projek berkenaan. Apa maknanya tu? Lepas tu syarikat besar Top Gloves sering buat kenyataan krisi air jejaskan mereka dengan teruk, menugkin mereka terpaksa pindah operasi ke tempat lain. Ini semua bukan membawa pelabur lari dari Selangor ke? Yang terbaru Kerajaan Selangor kata 430 projek pembanguna tertangguh kerana ketiadaan air. Cuma dikatakan isu dah selesai. Memang selesai sebab sekadar beri kelulusan nak bagi air. Akhirnya nanti kalau bila sampai masa projek itu siap dan perlukan air tetapi air tidak ada, macam mana pula. Bukan ke ini kerja penipuan....nanti seluruh dunia berkata dasar rakyat malaysia tidak boleh dipakai, orang malaysia tidak tepati janji. Lagi satu, kenapa asyik ulang-ulang kali tuding jari pada SYABAS? Sudah banyak kenyataan dikeluarkan dan sudah banyak pihak berkata tanggungjawab pastikan jumlah bekalan air cukup itu tanggungjawab kerajaan negeri. Tugas mengagih itu SYABAS. Kena bezakan antara tanggungjawab dan tugas. Walaupun air Selangor sudag diswastakan begitu lama, tanggungjawab bekalan air tetap terletak ditangan Kerajaan Negeri. Cuma tugas saja dilaksanakan oleh operator loji mahupun SYABAS. Kerajaan Selangor wajib pastikan air mentah cukup, wajib pastikan air sungai bersih, wajib bina loji rawatan baru, wajib pastikan bersih cukup. Ini tanggungjawab di bawah undang-undang!!! Kerajaan Negeri bertanggungjawab keatas pembekalan air di selangor. Pembekalan air bermakna 3 perkara - sumber air mentah, merawat air dan mengagih air. Ketiga-tiga perkara ini dibawah tugas dan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Kecuali sumber air mentah, tugas yang lain telah diswastakan oleh Kerajaan Negeri. Sumber air mentah: tanggungjawab memastikan ia cukup dan kualiti baik adalah Kerajaan Negeri, tugas melaksanakan adalah Lembaga Urus Air Selangor Berhad dan Jabatan Alam Sekitar. Merawat air: tanggungjawab pastikan jumlah cukup, loji cukup adalah kerajaan negeri, cuma tugas merawat dilakukan oleh operator loji. Pengagihan air kepada pengguna: tanggung jawab adalah Kerajaan Negeri, cuma dilaksanakan tugas berkenaan oleh SYABAS. Jadi sewajarnya perkara ini diselesaikan dengan meletakkan kepentingan rakyat dihadapan, bukan meletakkan kepentingan politik sebagai landasan.