Tuesday 5 March 2013

Bukan Menunjuk-menunjuk

Apabila kita mengetahui saudara atau kawan handai mengalami kesusahan atau menerima musibah, adalah amat wajar kita jika berkemampuan menghulurkan bantuan. Bantu lah dengan penuh ikhlas bukan untuk mendapatkan nama. Baru-baru ini negara kita menghadapi ujian getir apabila peneceroboh dari kaum Sulu menceroboh Sabah di Lahad Datu. Situasi yang memaksa Kerajaan Kita bertindak bagi menegakkan kedaulatan negara. Dalam usaha ini, beberapa rakan-rakan kita terkorban demi maruah negara. Pada yang sama kita sebok bertukar-tukar pesanan dan berita menuduh satu sama lain dan mempertikaikan usaha sesetengah pihak. Cakap memang mudah sebab cakap itu percuma. Mampukah kita mengangkat senjata untuk sama-sama berjuang? Angkat pistul mainan pun demam seminggu. Jadi apa peranan kita? Hulurkan lah bantuan yang termampu. Dalam hal ini, saya tertarik dengan usaha Tan Sri Rozali Ismail yang kehadapan untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud. Beliau kehadapan dengan memberikan bantuan pakej haji untuk balu Allahyarham dan seorang lagi teman yang mahram bagi menemani beliau ke tanah suci Mekah. Membiayai pelajaran dan persekolan ketiga-tiga anak Allahyarham ketahap yang mereka termampu belajar dan menyediakan peluang perkerjaan kepada mereka apabila tamat pelajaran masing-masing. Mereka adalah anak-anak yatim yang patut dan wajar mendapat bantuan dari kita yang mampu. Memberi bantuan kepada anak-anak yatim besar pahalanya. Mungkin bagi yang kurang faham erti pahala ni mereka tidak ambil berat. Memberi bantuan kepada anak-anak yatim adalah barokah. Saya salute kepada Tan Sri Rozali Ismail yang begitu perihatin terhadap situasi ini, walaupun beliau pada masa ini sedang berhadapan dengan isu kritikal mengenai perniagaan utama beliau (Puncak Niaga dan SYABAS). Saya amat faham perasaan Tan Sri Rozali Ismail yang juga merupakan anak yatim semasa beliau kecil, hidup membesar dengan tanggungan orang lain yang begitu perihatin. Usaha Tan Sri Rozali menghulurkan bantuan yang sama kepada keluarga Allahyarham Sarjan Sabaruddin merupakan salah satu cara beliau membalas budi keluarga yang membesarkan beliau sehingga beliau berjaya ke tahap sekarang. Jadi apa yang kecoh sangat cerita beliau memberikan bantuan kepada keluarga Allahyarham Sarjan Sabaruddin? Beliau bukan menunjuk-nunjuk. Hebahan usaha beliau dalam media massa bukan mahu cari nama tetapi sekadar memberikan kesedaran dan mengajak mana-mana individu yang lain yang mampu untuk sama-sama menghulurkan bantuan yang serupa mengikut kemampuan masing-masing dan ikhlas. Tetapi ramai-ramai antara kita dengan mudah menuding jari dan bercakap bahawa Tan Sri Rozali mahu cari publisiti murahan. Dalam hal ibadah ni, tolong ada perasaan sensitive sedikit. Cuba tanya balu Allahyarham Sarjan Sabaruddin perasaan beliau dan anak-anak beliau yang masih kecil. Kerajaan Selangor juga menyediakan bantuan RM10 juta untuk Lahad Datu. Berita tersebar luas dalam media masa. Ini bukan cari publisiti murahan ke? Jangan sampai kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan? Banyak lagi golongan miskin hina yang ada di Selangor. Ratusan ribu Rakyat masih tidak dapat menikmati air percuma. Jadi memberikan bantuan kepada penduduk Lahad Datu bukan ke itu satu langkah sekadar mahu mendapatkan populariti politik? Tepuk dada rasalah keperitannya sensiri.

No comments:

Post a Comment