Friday 8 February 2013

Kerajaan Persekutuan tak betul??????

Kerajaan Selangor kata mana ada pelabur yang lari pasal krisi siar ni. Laporan MIDA kata jumlah pelaburan membesar hampir ke 30% jumlah FDI di Malaysia. Betul betul betul betul....memang betu statistik MIDA tersebut. Tapi yang tak betul kenyataan Kerajaan Selangor tu. Dalam bulan Julai tahun lepas pengarah UPEN neggeri Selangor ada cakap 234 syarikat marah-marah sebab projeck pembangunan mereka tidak dapat bekalan air menyebabkan penanguhan dan pembatalan projek-projek berkenaan. Apa maknanya tu? Lepas tu syarikat besar Top Gloves sering buat kenyataan krisi air jejaskan mereka dengan teruk, menugkin mereka terpaksa pindah operasi ke tempat lain. Ini semua bukan membawa pelabur lari dari Selangor ke? Yang terbaru Kerajaan Selangor kata 430 projek pembanguna tertangguh kerana ketiadaan air. Cuma dikatakan isu dah selesai. Memang selesai sebab sekadar beri kelulusan nak bagi air. Akhirnya nanti kalau bila sampai masa projek itu siap dan perlukan air tetapi air tidak ada, macam mana pula. Bukan ke ini kerja penipuan....nanti seluruh dunia berkata dasar rakyat malaysia tidak boleh dipakai, orang malaysia tidak tepati janji. Lagi satu, kenapa asyik ulang-ulang kali tuding jari pada SYABAS? Sudah banyak kenyataan dikeluarkan dan sudah banyak pihak berkata tanggungjawab pastikan jumlah bekalan air cukup itu tanggungjawab kerajaan negeri. Tugas mengagih itu SYABAS. Kena bezakan antara tanggungjawab dan tugas. Walaupun air Selangor sudag diswastakan begitu lama, tanggungjawab bekalan air tetap terletak ditangan Kerajaan Negeri. Cuma tugas saja dilaksanakan oleh operator loji mahupun SYABAS. Kerajaan Selangor wajib pastikan air mentah cukup, wajib pastikan air sungai bersih, wajib bina loji rawatan baru, wajib pastikan bersih cukup. Ini tanggungjawab di bawah undang-undang!!! Kerajaan Negeri bertanggungjawab keatas pembekalan air di selangor. Pembekalan air bermakna 3 perkara - sumber air mentah, merawat air dan mengagih air. Ketiga-tiga perkara ini dibawah tugas dan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Kecuali sumber air mentah, tugas yang lain telah diswastakan oleh Kerajaan Negeri. Sumber air mentah: tanggungjawab memastikan ia cukup dan kualiti baik adalah Kerajaan Negeri, tugas melaksanakan adalah Lembaga Urus Air Selangor Berhad dan Jabatan Alam Sekitar. Merawat air: tanggungjawab pastikan jumlah cukup, loji cukup adalah kerajaan negeri, cuma tugas merawat dilakukan oleh operator loji. Pengagihan air kepada pengguna: tanggung jawab adalah Kerajaan Negeri, cuma dilaksanakan tugas berkenaan oleh SYABAS. Jadi sewajarnya perkara ini diselesaikan dengan meletakkan kepentingan rakyat dihadapan, bukan meletakkan kepentingan politik sebagai landasan.

No comments:

Post a Comment