Tuesday 22 January 2013

Kerajaan Selangor: Pagar makan padi

Jika kita analisa perkembangan krisis bekalan air bersih Selangor sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya tidak maju menuju penyelesaian mPuktamad. Isu yang dibahaskan terutamanya yang diucapkan oleh kerajaan negeri selangor semuanya perkara yang sama tetapi diulang ulangkam dalam kaedah berbeza dan nada berlainan. Cuma dewasa ini terdapat perkembangan baru apabila the whipping boy (syabas) kini sudah mula bersuara menyangkal tohmahan kerajaan negeri. Sebenarnya tindakan syabas sepatutnya dilakukan dari dulu lagi. Mungkin disebabkan hormat dan mahu jaga hati pemeg ang saham 30% mereka serta pihak yang berkuasa untuk menentuxkan samada syabas boleh buat projek itu dan ini dalam penambahbaikan sistem bekalan air, syabas mengambil pendekatan berdiam diri, sekadar mengeluarkan kenyataan yang menyiarkan fakta dan data untuk santapan umum. Walaupum fakta sering diputarbelitkan oleh jaguhan kerajaan negeri seperti Dr Xavier, Janice Lee dan Zuraidah serta yang lain lain terutamanya MB sendiri, syabas tetap bersabar. Setiap fakta yang dikeluarkan oleh syabas akan diringkaskan kemudian diintepritasikan secara rambang dan diputar belitkan bagi menarik perhatian umum. Namum yang nyata tanpa disedari kerajaan negeri atau MB bercelaru dan tidak tahu apa yang mereka cakapkan serta berbohong sepanjang masa. Contoh mudah: dalam keadaan tetap menyatakan kapasiti merawat air bagi loji loji di selangor masih cukup, dan dakwa semua kekurangan air itu rekaan syabas, kerajaan selangor betsetuju pula menjalankan loji baru di sungai labu yang dibina oleh kerajaan pusat. Tidak kah ini bercanggah dengan apa yang diwar warkan selama ini?. Terkini pula bila kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas krisis bekalan air. Tidak kah ini menunjukan mereka juga mengakui memang wujud kekurangan air? Selepas itu bercerita pasal teknologi membrane bagi menambahkan kapasiti loji rawatan air. Walaupun tanpa mengetahui apa tujuan teknoloji membrane sebenarnya tapi yang jelas kerajaan negeri mengakui air tidak cukup. Bajet 2013 kerajaan selangor pula ada memperuntukan beratus juta ringgit untuk program storm water. Ini juga jelas menunjukan isu air wujud. Yang terkini apabila operator loji sungai semenyih syarikat Abass konsortium yang dikuasai oleh kerajaan negeri enggan menjalankan loji melebihi kapasiti rekabentuk. Akibatnya beribu ribu pengguna di Serdang tidak dapat air. Tidakkah ini selari dengan kenyataan syabas bahawa semua loji terpaksa beroperasi jauh melebihi kapasiti rekabentuk demi membekalkan air yang diminta oleh pengguna. Oleh yang demikian dimanakah rasionalnya apabila kerajaan selangor tetap bertegas loji langat 2 tidak diperlukan? Tidak hairan apabila syabas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan keras menyangkal tohmahan tidak berasas kerajaan negeri. Pada saya semua kenyataan MB dan semua wakil wakilnya sekadar alasan bagi melindungi kelemahan pentadbiran kerajaan selangor masa kini, mencari kelemahan orang laim sekadar mahu kelihatan ianya hebat. Saya sedih melihat sandiwara kerajaan selangor. Saya sedih melihat kerajaan selangor yang idamkan membawa changes yang saya harapkan apabila saya undi mereka pada tahun 2008 tetapi sebaliknya. Oleh yang demikian jika saya berpeluang untuk memperbaiki kesilapan lalu, akan saya lakukan dalam tempoh beberapa bulan ini. Kerajaan BN berani memperakui kesilapan dan kelemahan dan mengambil langkah memperbaiki. Ini yang dinamakan moving forward. Kerajaan selangor pula kekal mencari kesalahan lain, moving backward.....arahtuju yang jauh berbeza.

No comments:

Post a Comment