Saturday 31 August 2013

KES TUMPAHAN DISEL DI SUNGAI SELANGOR: LIZ WONG BARU PULANG DARI HOLLYWOOD

Kenapa sungai tercemar dengan tumpahan dan buangan sisa minyak ke sungai sehingga menyebabkan 1 juta pengguna terjejas?
Dimana peranan yang dimainkan oleh kerajaan selangor yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan sungai sebagai sumber air mentah utama ini. Elizabeth wong perlu jelaskan kepada rakyat selangor. Jangan hanya pandai menuding jari kepada syarikat pembekal air dan pihak loji rawatan. Mereka tak boleh proses air kalau sungai tercemar teruk. Sikap menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri adalah sikap yang amat tidak bettanggungjawab. Malah ada sumber mengatakan pihak yang mencemarkan sungai adalah kontraktor utama kutipan sampah di negeri selangor yang ada hubungan terus dengan kerajaan negeri. Kejadian ketika umat islam sedang banyak aktiviti rumah terbuka dan kenduri kawin seolah olah boleh memberikan satu significan kepada kejadian pembuangan sisa minyak bertujuan untuk menyerang syabas. Mari kita fikirkan bersama.

No comments:

Post a Comment