Thursday, 19 December 2013

DIALOG RAKYAT: Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan pe...

DIALOG RAKYAT: Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan pe...: Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR : Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan Universiti Pe...


Monday, 16 December 2013

Households in Selangor faces frequent water supply disruption

The issue of lack of clean water in Selangor has been raised and debated by many over the years. Some even went as far as claiming that the insufficient water saga is not real. If ones could refer to several statistics and reports published in the recent years by the relevant parties in the media, the insufficient clean water phenomena is already there and is definitely real. The recent articles published by SYABAS states that the frequent water disruption in several areas shows that the current water situation in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya has become critical because the treated and distributable water reserve margin is less than 1% throughout 2013. The company further states that with the current reserve margin at hand, the occurrence of several unscheduled water disruptions is inevitable should the demand for treated water constantly increase. The company also emphasizes that the minimum treated water capacity required is at least 10% whilst the suitable or adequate requirement is 20%. Based on the same articles, it is reported that close to 600,000 households are vulnerable to frequent water supply disruption. In addition to frequent water supply disruption, the insufficient water supply is also affecting seriously the development of industry and commercial sectors in the Selangor. The Menteri Besar of Selangor recently cited after the meeting with the National Water Services Commission (SPAN) that 878 projects have been put on hold since June 2013 because of lack of water. Although the Menteri Besar claims that several initiatives had been put in place by the Selangor Government to increase the water supply capacity to cater to the needs of consumers until the Langat 2 project starts, it is reported that the initiatives that would deliver additional 297 Million Liter Per Day clean water are scheduled sometime between 2014 and 2016 only. Even then, the increase will still not be able to cope with the annual increasing demand caused by the increasing population and economic development. The reserve capacity of treated water is still expected to remain at less than 1% or at a negative state.

Monday, 16 September 2013

RBF Online: Fail TTPM Terhadap Syabas : Rafizi Bodoh Atau Sabo...

RBF Online: Fail TTPM Terhadap Syabas : Rafizi Bodoh Atau Sabo...: Ada sesetengah orang mengatakan Rafizi Ramli seorang yang cerdik. Ada sesetengah orang pula mengatakan dia seorang yang bodoh. Saya send...

Saturday, 31 August 2013

KES TUMPAHAN DISEL DI SUNGAI SELANGOR: LIZ WONG BARU PULANG DARI HOLLYWOOD

Kenapa sungai tercemar dengan tumpahan dan buangan sisa minyak ke sungai sehingga menyebabkan 1 juta pengguna terjejas?
Dimana peranan yang dimainkan oleh kerajaan selangor yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan sungai sebagai sumber air mentah utama ini. Elizabeth wong perlu jelaskan kepada rakyat selangor. Jangan hanya pandai menuding jari kepada syarikat pembekal air dan pihak loji rawatan. Mereka tak boleh proses air kalau sungai tercemar teruk. Sikap menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri adalah sikap yang amat tidak bettanggungjawab. Malah ada sumber mengatakan pihak yang mencemarkan sungai adalah kontraktor utama kutipan sampah di negeri selangor yang ada hubungan terus dengan kerajaan negeri. Kejadian ketika umat islam sedang banyak aktiviti rumah terbuka dan kenduri kawin seolah olah boleh memberikan satu significan kepada kejadian pembuangan sisa minyak bertujuan untuk menyerang syabas. Mari kita fikirkan bersama.

Wednesday, 17 April 2013

AHLI PARLIMEN AMPANG TERLALU BERPOLITIK



Baru baru ini saya terbaca kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan. Beliau dengan tegas mengingatkan Syabas agar tidak berkomplot dengan BN dengan mencipta krisis bekalan air berikutan masalah gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan Ampang dan Gombak  baru baru ini. Sebagai Ahli Parlimen, kenyataan sedemikian sebenarnya menyerlahkan lagi sikap sebenar Ahli Parlimen itu yang begitu cenderung untuk mengambil kesempatan. Mempolitikkan isu air yang melibatkan kepentingan orang ramai dengan menolak kebenaran memang kelebihan yang ada pada beliau menandingi kecerdikannya berfikir. Lebih malang lagi apabila dalam keadaan kecemasan seperti itu beliau sendiri tidak melakukan apa apa untuk membantu rakyat di kawasannya yang turut terjejas selain hanya pandai menuding jari.  Gangguan bekalan air berlaku selama 4 hari di Gombak dan Ampang baru baru ini diberitakan berpunca dari paip besar pecah akibat banjir kilat.  Kenyataan lengkap dilaporkan oleh media massa, jelas dengan gambar dan visual di kaca TV. Masalah pada Zuraidah dan golongan pembangkang ini ialah mereka tidak menonton berita TV, tidak membaca akhbar, dan lebih parah lagi ialah beliau tidak turun padang menyaksikan sendiri apa yang berlaku walaupun ianya melibatkan kawasannya sendiri.  Tidak hairanlah kalau beliau tak tau apa apa mengenainya. Dengan ertikata lain beliau tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.


Bayangkan kalau BN dan Syabas merekacipata krisis ini, sebenarnya siapa yang rugi? Sebagai rakyat biasa, saya sendiri boleh mencongak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Syabas apabila masalah gangguan bekalan air ini berlaku.  Apatah lagi apabila ianya melibatkan jumlah pengguna yang besar sehingga mencecah hampir setengah juta orang. Maka, dengan sengaja mencipta krisis adalah tindakan yang paling bodoh kalau itu dilakukan oleh SYABAS. Selama 5 hari air tidak dibekalkan melalui meter berapa banyak penyusutan pendapatan berlaku? Syabas juga hantar air dengan lori tangki dengan percuma berlori-lori jumlahnya, kakitangan terpaksa bekerja lebih masa, berhadapan pula dengan keji, fitnah dan cacian, ini belum mengambil kira kos kerja baik pulih dengan anggaran yang besar.  Bagi BN pula kejadian ini mengundang kecaman seperti yang dilakukan oleh Zuraidah walaupun mereka sendiri tidak kena mengena dengannya.  Adakah dalam tempoh hampir dengan PRU13 ini BN sanggup mengambil risiko dengan merekacipa sesuatu yang boleh merugikan mereka.  Kepada Zuraidah, saya nasihatkan beliau agar berfikir sebelum membuat kenyataan.  Sepatutnya dalam keadaaan krisis seperti itu, beliau mengambil langkah langkah proaktif, turun padang, melihat apa yang berlaku, berbincang dengan Syabas untuk membantu rakyat di kawasannya yang terlibat, memanggil mana mana agensi Kerajaan negeri yang boleh membantu penduduk dan apa apa tindakan yang selayaknya dilakukan oleh seorang wakil rakyat.  Bukan dengan hanya pandai melontarkan tuduhan, mengatasi kebijaksanaannya berfikir dan bertindak.

ANAK KIYAI

Friday, 15 March 2013

Sah Isu Air Selangor Memang Tujuan Politik

Kuala Lumpur - Suasana masih kekal sebegitu. Senario bekalan air bersih Negeri Selangor masih di tahap kritikal apabila bekalan air terawat masih tidak mencukupi lebih kebih lagi apabila permintaan memuncak akibat cuaca panas. Kejadian gangguan bekalan air yang berlaku disekitar Kuala Lumpur adalah akibat kekurangan rezab bekalan air bersih menyebabkan usaha untuk memulihkan bekalan mengambil masa yang panjang. Ini jelas dinyatakan oleh Syabas dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan. Dalam beberapa minggu yang lalu Kerajaan Selangor begitu keras menuduh Syabas yang sengaja mewujudkan krisis bekalan air. Kata Kerajaan Selangor Syabas gagal turunkan kadar NRW menyebabkan air tidak cukup. Syabas dituduh gagal senggara pam menyebabkan bekalan air terputus. Syabas dikecam dan didakwa tidak mempunyai kepakaran menyebabkan pengguna tidak dapat air. Apa yang pengguna mahu jalan penyelesaian. Penyelesaian yang konklusif. Penyelesaian sepertimana diketengahkan oleh kerajaan pusat. Namun kerajaan selangor tetap berdegil dengan kemahuan mereka untuk mahu ambil alih syarikat syarikat yang ada sebagai jalan penyekesaian. Tanpa perihatin keatas derita rakyat bila air tiada. Kini isu air jarang disebut di bibir pemimpin Kerajaan Selangor walaupun isu jauh dari penyelesaian. Sekarang mereka sebok bercakap padal Lahad Datu. Begitu hebat seperti bagaimana hebatnya mereka menuduh kerajaan pusat membela kroni dan tidak endahkan rakyat selangor dalam hal air. Pada saya gelagat mereka seperti isu kekura ngan bekalan air di Selangor bukan penting lagi. Cerita krisis air sudah basi. Jika ini yang berlaku memang benar apa yang diperkatakan mereka sengaja menggunakan isu air bagi tujuan politik. Perjuangan mereka semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihanraya umum yang akan datang. Begitu juga namoaknya pasal isu Lagad Datu. Dipanas-panaskan semata mata untuk tujuan pilihanraya bukan simpati kepada rakyat Sabah dan keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan negara.